"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, November 5, 2008

BARACK OBAMA PRESIDEN AMERIKA KE-44


Barack Obama akan menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) KE-44. Majoriti pemimpin dunia mengalu-alukan kemenangan Obama, terutama sekali bila beliau merpakan keturunan African-American yang pertama dalam sejarah memenangi jawatan berkenaan.
Di bawah ini adalah kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika mengalu-alukan kemenangan Obama.
Kemenangan Obama Beri Pengertian Besar Kepada Dunia, Kata Rais
PUTRAJAYA, 5 Nov (Bernama) -- Kemenangan Barack Obama sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya Presiden hari ini memberi pengertian besar dan meluas kepada bukan sahaja rakyat Amerika tetapi juga kemanusiaan sejagat, kata Menteri Luar Datuk Seri Rais Yatim.
"Kemenangan Obama dilihat sebagai membawa perubahan dan suasana yang menggalakkan dalam nilai dan percaturan dunia antarabangsa," katanya.
Mengucapkan tahniah kepada Obama, Rais berkata Malaysia mengalu-alukan kemenangan beliau sebagai obor baru dalam perjuangan mengisi tuntutan demokrasi.
"Sebagai presiden kulit hitam pertama di Amerika kemenangan beliau memberi pengertian positif yang baru bahawa rakyat Amerika sudah boleh menentukan pemimpin negara mereka tanpa mengira warna kulit, agama atau kepercayaan.
"Kemenangan Obama yang mewakili harapan tinggi untuk rakyat Amerika juga membawa pelbagai kemungkinan baru yang positif dalam bidang hubungan antarabangsa, khususnya hubungan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia buat tahun-tahun hadapan," kata Rais.
BERNAMA

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia