"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, November 2, 2008

Siapa bakal Naib Canselor UM?


Umum mengetahui kontrak Dato’ Rafiah Salim sebagai Naib Canselor UM akan tamat tempoh awal bulan November. Ramai yang tertanya tanya siapakah bakal menjadi NC UM yang baru.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, tiga calon telah dipanggil untuk ditemu duga untuk mengisi jawatan tersebut.Antaranya ialah Dato’ Rafiah Salim. Beliau dikhabarkan telah pergi berjumpa Dato’ Khaled Nordin untuk memberi beliau peluang sepenggal lagi untuk menerajui UM bagi membetulkan kelemahan-kelemahan terdahulu beliau.
Di bawah pentadbiran Dato’ Rafiah, UM telah jatuh merudum di dalam kedudukan universiti-universiti di serata dunia. Dato’ Rafiah juga dilihat tidak berkelayakan dari segi bidang akademik dan kepimpinan. Bagaimanakah golongan-golongan professor malahan pensyarah berstatus doktor falsafah hendak menghormati bosnya yang hanya berkelulusan master?
Beliau mungkin mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang pentadbiran tetapi pernahkah beliau mentadbir mana-mana universiti sebelum dilantik menjadi NC UM?Saya amat tertarik dengan cara universiti terkemuka dunia memilih NC mereka. Contohnya, NC Melbourne University yang baru dilanjutkan kontrak pernah berkhidmat sebagai NC di universiti lain sebelum berkhidmat di Melbourne University.
Dapat dilihat bagaimana mereka dengan begitu teliti telah memilih seorang NC yang sangat berpengalaman dalam bidang akademik dan pentadbiran universiti. Di Malaysia, kita lebih mementingkan siapa yang pandai me’lobi’ (menurut Dr. M) untuk memegang satu-satu jawatan.Dengan ini saya menyeru Dato’ Menteri supaya membuat keputusan yang bijaksana untuk memilih NC UM. UM bukanlah universiti ujian untuk mencuba mana-mana para kroni atau para pe’lobi’ untuk menerajui universiti tertua di negara kita ini.
UM memerlukan seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam pentadbiran tertinggi university untuk mengembalikan kegemilangannya.For once and for all, kami para akademik dan rakyat Malaysia menyeru supaya UM diterajui oleh NC yang berkaliber.
Pensyarah Prihatin _sumber Harakah

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia