"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, November 7, 2008

KONTRAK RAFIAH SEBAGAI NAIB CANSELOR UM DITAMATKAN... Terbukti Rafiah Gagal Mencemerlangkan UM

KUALA LUMPUR 7 Nov - Datuk Rafiah Salim terkilan dengan penamatan kontraknya sebagai naib canselor Universiti Malaya (UM) kerana tidak dapat menyempurnakan “pelan transformasi” bagi menaikkan kembali kualiti universiti itu.
Beliau berkata, dalam masa dua tahun lagi, beliau “sangat yakin” sasarannya untuk meletakkan UM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia akan dicapai.
“Sekarang ia mula menampakkan hasil,” katanyamengulas pemberhentian mendadak beliau selepas kontraknya, tamat hari ini, tidak disambung.
“UM sekarang ini ibarat benih yang ditanam sudah mula berakar.”Menurutnya lagi, perkara ini dapat dilihat melalui peningkatan jumlah pelajar asing ke universiti.
Rafiah berkata, sasaran menjadikan UM antara 200 universiti terbaik di dunia boleh dicapai sebelum 2010 dan ia merancang muncul sebagai “universiti lima bintang” menjelang 2020.
“Saya sudah 61 tahun, sekurang-kurangnya hendak habiskan fasa kedua,” katanya hari ini.
Tambahnya, beliau menyertai UM ketika prestasi universiti itu sedang jatuh sehingga kalah kepada universiti lain dalam negara seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bagaimanapun beliau menerima keputusan Kementerian Pengajian Tinggi tidak melanjutkan kontraknya.
Rafiah berkata, beliau hanya dimaklumkan penamatan kontraknya kelmarin - 48 jam sebelum tarikh akhir perkhidmatannya - melalui panggilan telefon daripada ketua setiausaha kementerian Datuk Dr Zulkefli A Hassan.
Sebab-sebab penamatan itu tidak dimaklumkan, tambah wanita pertama yang dilantik sebagai naib canselor pada 1 Mei 2006.
“Saya tidak tahu apa salah, apa kekurangan saya,” katanya.
Rafiah juga berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak tentang prestasi beliau selama lebih dua tahun di UM.
“Menteri ada cakap, ada kakitangan buat aduan. Saya kata, tengok prestasi orang itu, beliau sendiri jalankan tugas atau tidak. Orang yang jalankan tugas tidak mengadu,” katanya.
Aduan itu, tambahnya, berkaitan dengan kepimpinan akadamik atas alasan beliau tidak mempunyai kelayakan doktor falsafah dan “bukan seorang profesor”.
Menjelaskan lanjut perkara itu, Rafiah berkata, pemilihannya dulu berdasarkan kehendak jawatankuasa pemilihan yang mahu calon-calon yang berpengalaman bagi membangunkan dan mentranformasi universiti tertua itu.
“Itu apa yang dicari,” katanya, yang berpengalaman berkhidmat dengan organisasi besar seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Negara.
Ditanya perancangannya selepas ini, Rafiah berkata, sudah menerima beberapa tawaran tetapi belum membuat apa-apa keputusan.
“Saya ingin berehat dulu. Tahun depan insya Allah saya buat keputusan jika tertarik,” katanya.
Pagi tadi sekumpulan aktivis pelajar yang sedih dengan pemergiannya itu bertemu beliau di pejabatnya.Pro Mahasiswa Universiti Malaya yang diketuai oleh saudara Norazali Zainuddin mengetuai pertemuan dengan beliau pagi tadi.
Waktu dihubungi tadi, beliau sedang memindahkan barang-barangnya di pejabatnya di bangunan Canselori.
“Saya tidak boleh berada di pejabat. Saya jumpa semua orang, semua menangis,” katanya.
Mantan presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon (kanan) dilaporkan akan mengambil alih tugas Rafiah.
Khidmat Rafiah disambung enam bulan sehingga hari ini apabila kontrak dua tahunnya tamat Mei lalu.
Ketika mengumumkan lanjutan khidmat wanita itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata jawatankuasa pilihan akan meneliti calon yang layak memegang jawatan itu.
Rafiah dilantik menggantikan Datuk Profesor Dr Hashim Yaacob untuk menangani masalah kemerosotan kualiti dan kedudukan UM dalam pemeringkatan dunia.
Bagaimanapun, kedudukan universiti itu terus merosot dalam pemeringkatan Times Higher Education Supplement (THES) - dari tangga 169 pada 2005 kepada 192 pada 2006 dan tangga ke-245 tahun lalu.
Tahun ini kedudukannya naik sedikit kepada tangga 230.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia