"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, November 5, 2008

AHLI PARLIMEN BANGKITKAN ISU RANKING UM : UM Merudum Kerana Naib Canselornya Tak Layak Memimpin



KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato’ Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD.
Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.
“Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD,” katanya kepada Khaled.
“Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini,” katanya lagi.
Sejurus selepas itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula bangkit mempertikaikan kedudukan Malaysia yang ternyata lebih teruk berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara.
“Universiti di Indonesia lebih baik daripada Malaysia, ianya sangat memalukan dan pihak KPT perlu serius menangani masalah ini.
“Kemungkinan UM tidak layak dinobatkan antara 100 universiti terbaik adalah disebabkan oleh NC nya yang tiada PhD,”katanya.
Sementara itu, Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut meminta KPT memeriksa dakwaan yang diterimanya mengenai pengiktirafan kursus Syariah Pengurusan di Akademi Pengajian Islam UM tidak sah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
“Harap Menteri dapat menyemak semula status kursus syariah pengurusan yang tidak diiktiraf JPA yang menyukarkan graduan kursus itu gagal mendapat pekerjaan,” katanya.
Harakahdaily.net

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia