"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, November 7, 2008

BTN@ Biro Tata Negara Dikecam Ahli- ahli Parlimen Mainkan Sentiman Perkauman


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Ahli Parlimen, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Krian) mengecam tindakan Biro Tata Negara (BTN) yang masih lagi memainkan isu perkauman dalam modul kursus mereka.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkata hingga ke hari ini BTN tetap memainkan isu perkauman yang melampau dalam setiap kursus yang dianjurkan terutama kepada pelajar-pelajar universiti.
Selain memainkan isu perkauman, BTN juga kata beliau melabelkan beberapa pemimpin pembangkang dengan imej negatif yang bertujuan memberikan tangapan buruk kepada mereka yang menghadiri kursus yang dianjurkan oleh badan berkenaan.
"BTN sering melabelkan Marang, Permatang Pauh, Ipoh Timur dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebagai subversif yang bertujuan untuk memburukkan imej pembangkang," kata Salahudin ketika berbahas di Parlimen pagi tadi.
Sehubungan dengan itu, beliau mengesa agar BTN mengubah modul kursus mereka ke arah yang lebih membina dan tidak lagi memainkan isu perkauman yang tidak lagi relevan pada masa ini.
Dalam perbahasan itu juga, Salahudin turut membangkitkan isu jumlah bayaran ex-gratia kepada bekas-bekas hakim yang dikenakan tindakan.
Beliau meminta kerajaan mendedahkan jumlah bayaran ex-gratia itu kerana ianya melibatkan duit rakyat.
"Rakyat perlu tahu berapa jumlah yang diterima oleh bekas hakim tersebut kerana duit mereka yang digunakan," tegas beliau.
Salahudin turut menegaskan isu bayaran ex-gratia kepada bekas hakim tersebut menjadi perhatian pengamal undang-undang seluruh dunia.
Sementara itu, ketika menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanya sama ada PAS bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai akta keselamatan dalam negeri (ISA), Salahudin berkata PAS sanggup mengadakan perbincangan apa saja isu yang menguntungkan rakyat.
Beliau berkata, bukan hanya ISA tetapi apa saja bentuk kezaliman akan ditentang oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia tidak selari dengan konsep keadilan Islam dan sejagat.
"PAS tetap berpegang kepada prinsip Islam jadi setiap kezaliman akan kami tentang hatta jika ia berlaku di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat," kata beliau.
Sehubungan dengan itu, beliau mengesa kerajaan agar segera menghapuskan ISA kerana akta zalim itu sudah jauh menyimpang dari matlamat asalnya.

harakahdaily

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia