"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, November 5, 2008

Najib Tiada Semangat Keparlimenan - Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang


KUALA LUMPUR: Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim menganggap Menteri Kewangan Najib Razak bertindak di luar daripada batasan semangat Parlimen. Beliau mengeluarkan kenyataan itu berhubungan dengan tindakan kerana bakal Presiden Umno itu enggan membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan sewaktu beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009. “Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” jelasnya ketika ditemui oleh Suara Keadilan Online sejurus sidang media di lobi Parlimen semalam. Namun, tambahnya, keengganan beliau amat dikesali kerana beliau sanggup membelakangkan kepentingan umum. “Setelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Timbalan Perdana Menteri tetap berdegil dan enggan memberikan laluan,” ujar Anwar yang juga merupakan Ketua Umum KeADILan. Sambungnya, sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, tapi buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan. “Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati,” kata beliau dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam blognya. Semalam, semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan selepas satu jam menunggu Najib membenarkan untuk sebarang celahan semasa beliau membuat penggulungan bajet 2009. Suara Keadilan

[Sungguh malang nasib rakyat Malaysia, bila seorang Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan melakukan sesuka hati dalam isu pembentangan Bajet 2009. Beliau sangka bahawa parlimen tempat main-main, lantaran itu beliau boleh ubah sesuka hati. Ahli parlimen sudah membahaskan selama 2 minggu usul Bajet 2009 dengan angka sedia ada. Tapi, sungguh ajaib bila digulung oleh Najib beliau mengeluarkan angka-angka baru yang jelas sekali satu pengkhianatan terhadap parlimen].

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia