"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, November 2, 2008

Matrikulasi Tidak Akan Dimansuh - Najib


PEKAN 1 Nov. — Program matrikulasi tidak akan dimansuhkan walaupun terdapat pihak tertentu yang pernah mencadangkan supaya kerajaan meneliti semula pelaksanaannya sebagai salah satu cara menyalurkan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selain Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak yang mengeluarkan cadangan itu berpendapat program matrikulasi perlu dimansuhkan dan hanya satu saluran sahaja digunakan untuk semua pelajar ke IPTA.
Dakwaan tentang wujud unsur manipulasi dalam aspek tertentu program matrikulasi dijadikan modal mereka dalam cadangan itu, katanya dalam ucapan perasmian Program Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan kali ke-3 di Felda Chini Timur dekat sini, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail. Najib berkata kerajaan mempunyai komitmen penting untuk memastikan program itu terus wujud dalam arus perdana pembangunan negara kerana jika dilihat komposisi pelajar yang berada di IPTA sekarang, sebahagian besar datangnya daripada program matrikulasi.
Katanya tahun ini genap sepuluh tahun Kementerian Pelajaran melaksanakan program matrikulasi di seluruh negara dan program itu menjadi pilihan utama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
SELANJUTNYA....

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia