"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, November 7, 2008

Agihkan Duit Kepada Negeri Untuk Merangsang Ekonomi Negara... Konpem Lebih Jimat dan Berkesan - HUSAM MUSA


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) -Jika setiap negeri diberi peluang merangka program rangsangan ekonomi masing-masing selari dengan keperluan negara dan diberikan peruntukan RM200 juta setiap negeri, hanya RM2.6 bilion sahaja diperlukan dan diyakini kesannya berlipat ganda kerana pentadbiran negeri lebih memahami apa yang berkesan untuk peringkat masing-masing, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
"Umpamanya perumahan, ia boleh menjadi rangsangan aktiviti ekonomi di negeri tertentu tetapi mungkin menambah 'bubble' pada negeri tertentu.
"Tiba masanya stimulus (ransangan) seperti ini di 'empower' (diberi kuasa) sama kepada negeri-negeri. Rangsangan baru, bukan rangsangan lama diulang tayang berkali-kali," kata beliau.
Exco Kerajaan Kelantan itu menyifatkan rangsangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih berunsurkan rangsangan politik.
"...rumah dan sekolah(pendidikan). Lagi-lagi pengangkutan awam. Saling tak tumpah seperti preemptive strike (tindakan awal) yang pernah dilancarkan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang berakhir dengan pembinaan sekolah rendah seakan kampus universiti di tengah hutan belantara.
"Setengahnya, bumbung makmal komputer runtuh dan seribu satu macam jenaka dan sandiwara lagi," kata beliau yang menyifatkan tindakan awal sedemikian dijadikan peluang kroni tertentu mendapat projek.
Pakej ransangan yang diterima oleh Dewan Rakyat sebagai sebahagian dari Bajet 2009 itu disifatkan oleh Husam sebagai tidak menggambarkan daya kreativiti Najib sebagai Menteri Kewangan dinamik menggantikan menteri sebelumnya.
"Ransangan (tersebut) amat ala kadar tanpa falsafah kukuh mendasarinya. RM7 bilion dicampur RM5 bilion untuk pasaran saham, RM12 bilion.
"Kita bimbang, wang habis, ekonomi tetap kuyup. Nanti kita kena berbelanja lagi," katanya.
Beliau juga menyifatkan jangkaan Najib bahawa hasil negara tahun 2009 berkurangan hanya RM8 bilion saja "tentunya tak benar".
"Paling tidak, dengan kejatuhan harga minyak mentah, sawit dan getah, hasil negara 2009 berkurangan sekitar RM20 bilion atau lebih," katanya.
Kata Husam, apa yang perlu dirangsang ialah usaha mewujudkan peluang kerja produktif dan juga pengunaan alternatif komoditi utama kita.
"Kenapa tak fikirkan kemudahan canggih dan lengkap untuk industri perikanan di Pantai Timur dan Malaysia Timur?
"Hasil laut kita sebahagian besar kini didaratkan di Thailand dan kita mengimport ikan yang ditangkap di perairan kita sendiri kerana kita tidak mempunyai rangsangan yang cukup dan lengkap untuk sebuah pembangunan industri perikanan yang sempurna. Aneh tapi benar," katanya._

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia