"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 8, 2008

Pakatan Rakyat Wajar Bina Semula Ekonomi Kampung


Pekan Kati….macam juga pekan-pekan kecil yang lain disepanjang jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik….menunggu masa untuk mati. Sekarang ni pun dah tengah mati…kalau tak diselamatkan…akan tinggal nama saja.
Satu masa dulu, pekan-pekan disepanjang jalan ini, dari Lubuk Merbau..Kati, Sauk, Kuak, Raban seterusnya… walaupun pekan-pekan ini kecil..tetapi hidup dan aktif. Sekarang hanya dihidupkan oleh ahli-ahli politik kedai kopi macam aku. Minum secawan duduk tiga jam.
Bila Lebuhraya KK-Grik siap, peniaga-peniaga dipekan-pekan kecil ini makin teruk. ditambah pula apabila harga getah naik mendadak tak berapa lama dulu…orang kampung dah mampu beli kereta second-hand. Nak beli beras pun kena pergi Tesco diIpoh. Beli baju kat bundle tak ada kelas la…kena pergi kedai Salim di Kuala.
Beli barang-barang kat Tesco…Giant..Parkson, bukan boleh hutang. semua kena bayar cash. Yang tu orang kampung ada duit! tapi bila hari hujan..tak dapat menoreh…fulus sudah kering…terpaksa jugak lah menyembah kedai koperasi, minta hutang dari kedai Ah Loi, minta pinjam dari Maniam. Bila dah kesempitan…masa tu tak tanya harga lagi. Mi Maggi yang dijual kat Tesco dengan harga RM2.80 sen…dijual dengan harga RM3.80 pun depa tak bising. Masuk buku tiga lima!!!
Lepas tu..mula pergi jumpa YB, jumpa Ketua Cawangan minta subsidi…minta pinjaman. Dapat baja dari RISDA…jual balik dengan harga murah…sebab nak bayar hutang. Dapat lembu pawah dari Jabatan haiwan…lelong kat Maniam…nak bayar hutang.
Dah 50 tahun dibawah Umno…ini la mentaliti yang subur dikalangan orang melayu dikampong. Umno memang seronok…bila orang melayu diikat dengan bantuan dan subsidi. Sehinggakan ramai orang Melayu berfikir…bantuan dan subsidi itu sebahagian dari hak Keistimewaan Orang Melayu. Bila PR menang…sapa lagi nak tolong Melayu?
Siapa nak ubah pemikiran subsidi orang melayu ini?
Sebelum menang pilihanraya, orang-orang Pas dan Keadilan boleh buat semua kerja tanpa subsidi atau peruntukan. Sampaikan nak buat markas pun tak perlu minta bantuan dari kerajaan. Dari mana depa dapat duit? Bukan ada hasil balak atau pasir!
Kalau pergi tengok ceramah..boleh tengok orang berniaga. ada yang jual CD, jual minyak atar..minyak kuat tak payah cerita la..semuanya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Ceramah jadi macam satu pesta, kadang-kadang..orang pergi ceramah untuk membeli belah…bukan nak dengar ceramah ustaz.
Tapi bila dah menang…ceramah kena buat kat dewan. Orang berniaga tak dibenarkan. Kat kampung-kampung…markas Pas macam setengah mati. Markas Keadilan lagi teruk.
Sebelum menang…pasal buat banner tak jadi masalah. Setiap simpang ada saja banner..Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru Cina..Selamat Hari Deepavali. Tapi bila dah menang…banner Selamat Hari Raya pun tak nampak! Ada la sehelai dua kat pekan Kuala, tapi kat pekan-pekan kecil ni pasai apa tak ada? Bila kita tanya…tak ada peruntukan. Fuh!!!
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan dalam masa terdekat ini. Dan aku dapat tahu, MB Nizar akan menekankan konsep Negeri Kebajikan. Aku nak tengok…macam mana konsep Negeri Kebajikan yang nak disampaikan.
Harap-harap…jangan la macam Umno jugak. Bagi subsidi ini…subsidi itu.Bantuan ini…bantuan itu.
Jana ekonomi kampung. Bawa perubahan supaya orang kampung boleh hidup tanpa subsidi dan bantuan. Bawa perubahan kepada masjid dan Dewan Orang Ramai. Jangan jadikan masjid hanya untuk orang tua bersembahyang..lepas tu mengumpat budak muda. Jadikan masjid sebagai pusat R&D, pusat ilmiah
Jadikan dewan sebagai pusat sumber. Ubah cara hidup orang kampung supaya banyak membaca. Berikan ruang kepada guru-guru untuk mengambil bahagian dalam pembangunan kampung…sebab mereka ini lah sahaja orang yang ada pendidikan dikampung. Yang lain…lulus SPM dah cabut kebandar cari kerja.
Cipta aktiviti ekonomi dikampung-kampung supaya cerdik pandai mempunyai ruang dikampung. Bukan takat balik kampung bila Raya.
Dan yang paling penting.. sikap orang-orang Pas dan Keadilan perlu berubah. Orang Pas tak boleh lagi bersikap seklusif…tak mau campur dengan orang yang bukan Pas. Jangan marah kat aku…sebab orang kuat Pas sendiri dah naik berang pasai orang Pas tak mau campur dengan masyarakat. (baca kat sini dan sini)
Orang PKR pulak sekarang dah ramai yang tak boleh ditegur. Ada ahli Majlis yang marah kat aku pasai kritik Ahli Majlis. Kita mintak maklumat dari depa pun tak boleh..OSA la…rahsia kerajaan la…
Bila tengok semua ni…makin hari aku makin faham tentang konsep Kerajaan Maya Rakyat (Keramat) yang selalu dicakapkan oleh Dr. Wahab Arbain. Hangpa tak paham? Tanya dia
perisik-rakyat.com

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia