"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, November 4, 2008

83 MP PAKATAN RAKYAT KELUAR DEWAN : Boikot Menteri Kewangan Dato Seri Najib Kerana Tidak Benarkan Perbahasan Penggulungan BAJET 2009


KUALA LUMPUR, 4 Nov: Kesemua anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat keluar meninggalkan Dewan Rakyat jam 5.45 petang tadi apabila Menteri Kewangan bertegas tidak mahu melayan sebarang persoalan dari mereka
Langkah itu diambil mereka selepas satu jam Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 yang dikemukakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hampir dua bulan lalu.
Datuk Seri Najib diawal penggulungannya menyebutkan beliau tidak akan melayan pertanyaan dari anggota Dewan sehinggalah beliau selesai membentangkan dasar tambahan terhadap bajet itu.
Ia dibantah oleh Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) kerana ini adalah perbahasan dan penggulungan belanjawan bukannya perbentangan belanjawan
Bantahan ini ditolak oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan berkata menteri akan memberikan ruang selepas dia selesai dibentangkan.
Namun, pihak pembangkang tidak berpuashati dan terus menerus mempertikaikan langkah ini kerana ia satu perkara yang luar biasa.
Ekoran itu, Tian Chua (PKR-Batu) telah diarahkan keluar dari sidang itu.
Selepas satu jam perbentangan oleh Menteri Kewangan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kebenaran Speaker agar Menteri Kewangan yang menjawab adakah beliau ingin benarkan pertanyaan dan perbahasan dari anggota Dewan.
Apabila Najib bertegas hanya akan benarkan kemudian bukan ketika beliau membentangkan cadangan-cadangan kerajaan, semua anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat bangun dan meninggalkan sidang itu.siasah
siasahdaily.blogspot

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia