PARLIMEN: [11.26am] Sidang dewan rakyat ditangguh selama 45 minit, kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpuas hati kerana tidak mendapat penjelasan sewajarnya daripada Menteri Kewangan Najib Razak berhubung dengan pengulungan Bajet 2009 yang dibentangnya semalam. Najib tidak sepatutnya melanggar peraturan parlimen dengan mengemukakan satu angka yang baru dalam Bajet 2009, sedangkan dewan telah bersidang selama dua minggu membahaskan usul Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu, Pak Lah Badawi. Satu taktik pembohongan dilakukan dengan menamakan bajet baru itu sebagai "Ransangan Fiskal" . Pengulungan yang dibuat oleh Najib itu disokong pula oleh Pak Lah, dengan mengatakan ia adalah betul dan tidak perlu untuk dibahaskan berdasarkan kepentinganya kepada rakyat yang harus diberi keutamaan. Semalam, semua Ahli Parlimen pembangkang telah keluar dewan bagi memboikot pengulungan bajet oleh Menteri Kewangan itu. [Kami masih menantikan maklumat lanjut tentang perkara ini. Apakah kenyataan Timbalan Spekaer Wan Junaidi bahawa Najib telah melanggar peraturan parlimen berhubungan dengan penambahan yang dibuat terhadap Bajet 2009 itu. Atau mungkin juga, beliau menarik balik arahan pembatalan tersebut setelah didesak oleh pihak berkaitan. Parlimen bukan lagi tempat untuk menyaksikan perbahasan dan perdebatan, tetapi kini sudah menjadi medan untuk mendengar ceramah semata-mata. Ternyata, parlimen Malaysia menuju ke arah kehancuran jika ia tidak diperbetulkan].
Wednesday, November 5, 2008
Pembangkang Kecewa, Sidang Ditangguh Lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment