"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, November 4, 2008

9 Tokoh dan Orang Kuat UM NO Kedah Disiasat BPR


Sembilan ahli politik Umno di Kedah sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan mesyuarat perwakilan Umno Kedah sejak sebulan lalu.
Menurut laporan-laporan media, pengarah BPR negeri Nooraziah Abdul Manaf berkata, sembilan kes berprofil tinggi itu dibuka daripada 51 fail sepanjang tempoh Januari hingga semalam.
Beliau berkata, siasatan sukar dilakukan kerana saksi enggan tampil memberikan maklumat kerana takut dengan pemimpin Umno terbabit, lapor laman web Berita Harian
Bagaimanapun Star Online melaporkan, Nooraziah enggan mendedahkan parti terbabit dan nama-nama ahli politik berkenaan. Dalam tempoh yang sama, BPR menerima 736 aduan berhubung rasuah dan pecah amanah.Nooraziah berkata selepas majlis serah tugas jawatan itu daripada Idrus Jaafar yang bertukar sebagai pengarah BPR Pulau Pinang di Alor Star hari ini.
malaysiakini

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia