Syed Hamid meminta pihak yang melemparkan dakwaan rasuah ke atasnya agar membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi kesahihan. Mengulas laporan polis yang dibuat Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman yang mendakwa beliau merasuah penyokongnya bagi meraih jawatan Naib Presiden Umno, Syed Hamid berkata pihak terbabit perlu menggunakan saluran yang betul dalam mendapatkan penjelasan dan bukannya menggunakan taktik fitnah. "Saya hairan kenapa PAS buat laporan itu. Saya tengok mereka (PAS) ni suka cari benda fitnah. Semua ada saluran dan caranya, siapa tidak puas hati boleh bawa kepada BPR dan terpulang kepada BPR untuk menentukan siasatannya," katanya. TP - aku lagi la hairan bila Syed Hamid heran... Dia mintak orang lapor, bila PAS lapor dia heran pulak... heran sungguh la Syed ni... kalau dah orang buat kaporan tu maknanya depa mintak siasat betul ke salah dakwaan tu... apa la nak hairan dengan hal tu? Kenapa pulak Syed Hamid tak hairan bila banyak kes rasuah dalam UMNO yang dilapor pada BPR pakai diam gitu je? hairan betoi la kan??? dicedok dari perisik-rakyat
Friday, November 7, 2008
Syed Hamid Yang Meng"hairan"kan Lagi MEMENINGKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment