Oleh : Hazman Abdullah
Jurucakap GMUKM Tarikh desakan Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) pada 20 Oktober telah dibiarkan berlalu begitu sahaja oleh pihak pentadbiran Universiti. Dan terbaru, pemakluman pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUKM) secara senyap dilihat sebagai satu lagi usaha pihak Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sendiri, Prof. Dato’ Dr Mohd Wahid Shamsuddin untuk menyekat berlangsungnya demokrasi segar di kampus UKM ini Surat pemakluman tentang pembubaran MPP pada 1 Oktober lalu itu telah dihantar kepada setiap fakulti-fakulti dan ditandatangani sendiri oleh TNC HEPA dengan arahan agar surat tersebut tidak ditampal di notis-notis fakulti. Walaupun tarikh pembubaran adalah pada 1 Oktober, tetapi surat itu hanya ditandatangi pada 20 Oktober dan diedarkan kepada setiap fakulti pada keesokan harinya. Menurut Setiausaha Kerja Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM), Hishamuddin Abdullah, tindakan tersebut menunjukkan kezaliman terhadap mahasiswa terus berlaku dan pihak pentadbiran tidak menghormati hak mahasiswa untuk berdemokrasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Perbuatan menyembunyikan tarikh pembubaran jelas menunjukkan mereka tidak lagi insaf dan sedar bahawa Pilihanraya Kampus adalah hak milik mahasiswa, bukannya pihak pentadbiran yang bukan berstatus mahasiswa” Mengulas mengenai kelewatan surat yang lewat diedarkan dan ditandatangi iaitu kira-kira 20 hari selepas tarikh pembubaran pada 1 Oktober lalu beliau berkata, ini adalah merupakan siri-siri penyelewengan yang tidak bijak kerana ia mendedahkan bahawa ia satu tindakan pembohongan yang tidak berjaya (the lies have not improved). GMUKM yakin dan percaya keputusan tersebut dibuat secara tergesa-gesa selepas peristiwa demontrasi aman hampir 300 mahasiswa menyerahkan memorandum secara tangan kepada Menteri Pengajian Tinggi di UKM pada 17 Oktober lalu dan juga desakan pihak GMUKM agar diadakan Pilihanraya Kampus selewat-lewatnya pada 20 Oktober lalu,” katanya yang juga merupakan aktivis pelajar.
bersambung...
http://mahasiswakini.com/archives/504
No comments:
Post a Comment