"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, November 7, 2008

Biro Tata Negara Anti Perpaduan Kaum, Anti Pembangkang dan Meniup Semangat Perkauman


Dewan Rakyat semalam menyentuh soal perlunya Biro Tata Negara (BTN) dibedah dan dikaji semula kerana modul dan kurikulum yang digunapakai BTN selama ini diperalat oleh parti pemerintah untuk kempen memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat.
BTN didakwa digunakan untuk meniupkan sentimen sempit perkauman dengan memberi gambaran kepada peserta-pesertanya bahawa seolah-olah ketuanan Melayu semakin terhakis dalam semua aspek termasuk politik dan ekonomi.
Ada ahli parlimen pembangkang menjelaskan bahawa terdapat anak mereka balik ke rumah menangis mempercayai apa yang didakwa oleh penceramah dalam progran BTN mengenai dakyah itu.
Ahli-ahli parlimen pembangkang akan membuktikan fakta sekiranya kerajaan mencabar untuk membuktikan dakyah perkauman disebarkan pihak BTN.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa dukacita dengan aktiviti BTN itu kerana membentuk bakal-bakal kepimpinan negara dengan suatu propaganda jahat Umno untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum dengan sogokan semangat perkauman sempit tersebut.
Antara propapaganda yang dijelaskan ialah orang Melayu tersisih daripada ekonomi, bangsa China dan India monopoli ekonomi negara.
Nama-nama pemimpin-pemimpin pembangkang disebut dan peserta BTN dihasut mengiayakan bahawa pemimpin terbabit sebagai pengkhianat negara.
Justeru, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan agar kurikulum dan modul BTN dikaji semula supaya ia bersesuaian dengan semangat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.
Penulis melihat BTN memang diperalatkan oleh Umno sebagai teras politik kerajaan hari ini untuk meniupkan semangat perkauman Melayu secara tersembunyi agar orang Melayu tetap melihat Umno sebagai pejuang Melayu tulin bukan parti-parti lain.
Ahli-ahli parlimen pembangkang menegaskan tidak sepatutnya BTN diperalatkan begitu rupa untuk kepentingan Umno kerana peruntukan besar diberikan kepada biro tersebut iaitu lebih RM70 juta dalam bajet 2009 perlu dimanfaatkan untuk kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum bukan meniupkan sentimen perkauman sempit.
Jika BTN gagal berperanan untuk menjaga kedamaian hidup antara kaum, penulis mencadangkan ia dibubarkan sahaja supaya wang lebih RM70 juta itu dapat dimanfaatkan untuk program lain bagi kesejahteraan rakyat.
Dewan Rakyat hari ini juga menyentuh soal perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansukhkan dan digantikan dengan akta lain yang lebih bersifat menegakkan keadilan dengan memberi hak yang dituduh untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah terbuka negara.
Ini kerana setiap individu perlu diberi peluang untuk dibuktikan sama ada bersalah atau sebaliknya di mahkamah sehingga pesalah dibuktikan kesalahannya dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang bukan dikurung tanpa bicara di bawah akta zalim itu.
Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, bersedia dan bersikap terbuka untuk berbincang dan mengemukakan cadangan alternatif kepada akta tersebut selagi kerajaan Pusat bersedia memansukhkan akta berkenaan.
Kesediaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu menampakkan keseriusan PAS untuk menyelesaiakan permasalahan keadilan di kalangan rakyat.
PAS tidak mahu melihat undang-undang tidak bertamaddun itu terus bertapak kemas dalam pentadbiran dan sistem undang-undang negara di zaman semua pihak menuntut perubahan berlaku di mana-mana termasuk di Amerika Syarikat sendiri.
Akta ISA jelas bertentangan dengan roh undang-undang untuk perlihatkan keadilan itu dinikmati oleh semua lapisan mesyarakat.
Persoalannya ialah Barisan Nasional (BN) masih mempertahankan ISA yang disifatkan kononyan sebagai satu akta yang boleh menjaga keselamatan negara daripada ancaman anasir yang tidak diingini.
Yang jelas pembangkang menyifatkan akta itu tidak berperikemanusiaan kerana pratikalnya ia anti perbicaraan dan boleh disalahgunakuasa oleh kementerian berkenaan bagi mempastikan Umno terus utuh walaupun umum melihat parti itu tidak 'gentleman' apabila berdepan dengan permasalahan rakyat.
Setakat ini ahli parlimen kerajaan tidak akan bersedia untuk berdepan dengan keluarga mangsa ISA kerana mereka takut melihat kesengsaraan yang ditanggung akibat kejahatan akta terbabit.
Mereka juga sudah tentu takut dimarahi oleh keluarga mangsa kerana Umno menjadi punca kenapa ketua keluarga masing-masing ditahan di bawah ISA.
dipetik dari harakahdaily

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia