"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 3, 2008

Selangor Naikkan Elaun Guru Agama RM 1000 - RM 1500


KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Kira-kira 6,262 guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang.

Malah, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan elaun itu mungkin dinaikkan kepada RM1,500 sebulan dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan.

Sehubungan dengan kenaikan elaun tersebut, Abdul Khalid berkata, para guru SRA dan KAFA mungkin akan diberikan kemahiran yang lebih seperti mampu membina pangkalan data anak-anak murid mereka untuk rujukan JAIS dan kerajaan negeri, katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JAIS dan meraikan kakitangan JAIS yang bersara.

Beliau turut merasmikan talian online JAIS "NCR Online" yang dibangunkan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat Islam dalam urusan perkahwinan dan penceraian.

Sebelum ini, Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah di tengah-tengah kenaikan harga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia