"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 8, 2008

Majlis Fatwa keluar garis panduan bersumpah menurut Islam


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama. "Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Baitulmal-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2007/2008 di sini.
Ahmad Zahid berkata apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.
Dalam pada itu, Zahid berkata sebuah institut fatwa akan ditubuh bagi mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.
Beliau berkata penubuhan institut itu yang dikenali sebagai Darul Iftaq merupakan antara persetujuan yang dicapai pada pertemuan antara anggota Parlimen Islam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pertengahan bulan lepas
Ahmad Zahid berkata buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama Islam./BERNAMA

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia